Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TIDAK RASMI : Wakil GPS dahului kiraan undi awal di DUN Baleh

KUCHING, 18 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh, Nicholas Kudi kini sedang mendahului kiraan undi awal bagi DUN berkenaan yang telah bermula sebentar tadi.

Menerusi kemaskini wartawan TVS , Steward Dawi di pusat penjumlahan undi DUN berkenaan, Nicholas kini menerima undian sebanyak 1,903 diikuti Koh Anak Kumbong dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang menerima undian sebanyak 863.

Calon DAP, Kenneth Usang setakat ini di tempat ketiga dengan 199 undi diikuti wakil Parti Bumi Kenyalang, Sukarno Layau yang mendapat 45 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan