KUCHING, 18 Dis : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6 sebentar tadi.
Abang Johari yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak hari ini tampil di Astana Negeri Sarawak melafazkan sumpah setia memegang jawatan berkenaan di hadapan Yang Di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kira – kira pukul 10.40 malam tadi.
Setakat ini, GPS yang dipimpin Abang Johari sudah menang 71 kerusi DUN pada PRN Ke-12 yang berlangsung hari ini.
Berbaki lima keputusan DUN untuk diumumkan, GPS dijangka akan mencatat keputusan lebih baik berbanding 72 kerusi yang dimenangi gabungan parti -parti di bawahnya pada PRN 2016 -TVS