Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Terima kasih rakyat Sarawak – Abang Johari

ByFebbright James

KUCHING, 18 Dis : Kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak membuktikan rakyat negeri ini mahukan kerajaan yang stabil untuk memacu pembangunan negeri ini ke peringkat yang lebih baik.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pencapaian ini juga merupakan kemenangan buat rakyat Sarawak khususnya bagi meletakkan negeri ini ‘sama rata’ dengan Semenanjung iaitu sebagai rakan kongsi dalam Malaysia.

” Rakyat memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi meneruskan agenda pembangunan di Bumi Kenyalang yang bertuah ini.

Mandat ini juga memberi kuasa kepada kita untuk meneruskan pembangunan ekonomi yang mampan dan juga dasar sosial yang mengutamakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di sini malam ini selepas GPS disahkan menang majoriti mudah sekaligus membentuk kerajaan negeri.

Sementara itu, selepas Abang Johari mengangkat sumpah sebentar tadi, GPS setakat ini telah menang 74 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga pukul 11.30 malam dengan berbaki dua DUN belum diumumkan keputusannya iaitu Katibas dan Mulu.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kemenangan berkenaan juga menunjukkan berapa pentingnya keterangkuman semua kaum dalam pembangunan Sarawak.

” Ini akan menjayakan hasrat kita menjadi negeri maju menjelang 2030 dan tidak kira perbezaan etnik dan agama,” katanya.

Abang Johari turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana menaruh keyakinan kepada GPS untuk membentuk kerajaan yang lebih cemerlang. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan