KUCHING, 18 Dis : Pertarungan sengit lapan penjuru merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong ketika ini menyaksikan wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Tiong King Sing sedang mengatasi lawannya apabila meraih 601 undi.
Wakil Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Hie Ping pula memberikan cabaran namun masih ketinggalan apabila mendapat 148 undi sementara calon DAP, Paul Ling Fong ketinggalan di tempat ketiga.
Lima lagi calon lain ketika ini menerima undian bawah 100 dan ini merupakan keputusan yang masih belum disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). -TVS