Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 18 Dis -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sawarak (GPS) ketika tiba bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) disini hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) dan Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

RASMI : TERKINI , GPS bentuk kerajaan negeri, menang majoriti mudah

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 18 Dis : Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya membentuk kerajaan negeri apabila mencapai majoriti mudah dengan menang 43 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat pukul 8.55 malam tadi.

Parti politik yang bertanding perlu menang sekurang – kurangnya 42 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang berlangsung hari ini untuk membentuk pentadbiran baharu kerajaan negeri.

KUCHING, 18 Dis — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sawarak (GPS) ketika tiba bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) disini hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) dan Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kanan). — fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), GPS setakat ini meraih kemenangan di enam DUN di bahagian tengah Sarawak iaitu Belaga, Pelagus, Bukit Goram, Tamin, Tellian dan Balingian.

Sementara itu, GPS turut mengekalkan penguasaan di DUN Layar, Beting Maro dan Kelaka.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pula memimpin ‘pasukannya’ menyapu kerusi-kerusi tradisi menuju ke ‘hilir Sarawak’ membabitkan DUN Bukit Begunan, Balai Ringin, Sebuyau, Gedong, Simunjan, Tarat, Muara Tuang, Sadong Jaya, Asajaya dan Serembu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan