Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RASMI : Dennis Ngau sumbang kerusi ke -72 kepada GPS di Telang Usan

KUCHING, 18 Dis : Dennis Ngau memastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempertahankan rekod lima tahun lepas apabila memberi kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-72 sebentar tadi.

Dennis sebelum ini mengakui saingan di kerusi DUN Telang Usan sangat sengit namun kali ini beliau berjaya meningkatkan majoritinya kepada 2,422 undi selepas menang tipis 167 majoriti pada PRN 2016.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Dennis berjaya mempertahankan kubunya selepas meraih 3,861 undi sekaligus menewaskan Jau Jok@Jenggo dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendapat 1,439 undi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang selama ini sering ‘menghantui’ Dennis di Telang Usan menunjukkan kemerosotan apabila wakilnya, Philip Jau Ding sekadar meraih 1,093 undi.

Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Gia Bala pula hilang deposit apabila sekadar meraih 68 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan