Oleh Amyra Varkisa
SIBU, 18 Dis : Pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nang Sang ditutup pada pukul 2 petang tadi.
Melalui tinjauan TVS mendapati, kira -kira 40 minit sebelum ditutup, hanya petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berada di sini dan proses sanitasi juga sedang dijalankan di pusat tersebut.
SJKC Nang Sang merupakan salah satu pusat membuang undi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka.
Jumlah pengundi berdaftar yang mengundi di pusat membuang undi ini adalah seramai 249 orang.
Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 97 orang pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi di pusat berkenaan. – TVS