Oleh Luqman Muhammad dan Madeline Dugat
KUCHING, 18 Dis : Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail meluangkan masa meninjau beberapa pusat pengundian sekitar pusat bandar sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak hari ini.
Aidi dilihat tiba di Pusat Pengundian Padang Futsal, Kompleks Sukan Satok, Padang SLPAS kira – kira pukul 9 pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang yang merupakan pengundi berdaftar di DUN ini pula turut mengundi di sini sekitar pukul 10.03 pagi tadi.
Abang Johari sebelum ini merupakan wakil rakyat bagi DUN Satok sejak sembilan penggal lalu namun kali ini beralih ke kawasan baharu iaitu DUN Gedong pada PRN Ke-12 Sarawak ini.
Sementara itu, kira – kira pukul 10.15 pagi, Aidi meneruskan pemantauan dengan melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Garland yang berada dalam kawasan DUN Batu Kitang.
Keadaan di sini dilihat tenang dengan kawalan pasukan keselamatan di sebalik cuaca mendung sejak awal pagi tadi.
Difahamkan, terdapat lebih 3,000 pengundi berdaftar di pusat pengundian ini. -TVS