Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pasangan adik-beradik warga emas bagai aur dengan tebing

MIRI, 18 Disember : Pasangan adik beradik warga emas, Siti Jaharah Matassan ,70 , dan kakaknya, Halimah,72, teruja apabila berkesempatan untuk turun membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang berlangsung hari ini.

Halimah yang ditemani anak buahnya terpaksa diangkat dan menggunakan kerusi roda untuk masuk ke pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) North Miri.

Kata Siti Jaharah, mengundi telah menjadi tanggungjawab mereka dan tidak pernah gagal berbuat demikian sejak puluhan tahun lalu.

” Saya harap boleh mengundi lagi pada masa akan datang, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pula,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap wakil rakyat yang bakal terpilih akan dapat menunaikan janji-janji dan membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat di negeri ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan