Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 800 pengundi tunai tanggungjawab di SK Garland setakat 2 petang

ByMadeline Dugat

BATU KITANG, 18 Dis:Kemaskini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan seramai 800 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Garland di sini.

Pusat ini merupakan salah satu daripada tempat mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

Terdapat lebih 3,000 pengundi berdaftar di sini yang juga merupakan pusat mengundi terbesar bagi DUN ini.

Jumlah keluar mengundi berkenaan dicatatkan pada pukul 2 petang tadi.

Seorang pengundi warga emas yang ditemui TVS, Lee Hie Ing, 88 , berkata , penularan Covid-19 bukan penghalang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mengundi meskipun beliau menggunakan kerusi roda.

“Saya tidak risau, walaupun masih pandemik namun saya tetap hadir mengundi demi kewajipan sebagai rakyat,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan