Oleh: Shah Harizal
Kuching,18 Dis : Gabungan Parti Sarawak berjaya meperolehi majoriti mudah dengan memenangi 45 kerusi pada Pilihanraya Negeri ke-12 Sarawak.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media yang diadakan selepas menerima 47 keputusan kemenangan.
“Pilihanraya Sarawak ke-12 berjalan dengan lancar.
“Bagi keseluruhan pengundian setakat 8.45 malam, Gabungan Parti Sarawak GPS telah memenangi sebanyak 45 kerusi dari 82 kerusi yang diperuntukkan.
“Dan dengan ini telah berjaya memenangi satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Bangunan Sultan Iskandar, Kuching pada malam ini . -TVS