Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

593 pengundi bakal buat pilihan di SK Senari

Oleh Jessica John Chung dan Odleen Catherny

DEMAK LAUT , 18 Dis : Suasana proses mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senari , Jalan Demak Laut di sini tenang serta berlangsung dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Setakat pukul 10 pagi tadi, menurut kemaskini petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, seramai 180 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing – masing.

Tinjauan TVS juga mendapat lebih 15 pegawai SPR, enam anggota polis dan dua orang  anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertugas di sini bagi memastikan kelancaran proses mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Sementara itu, suasana harmoni dapat dilihat di pusat mengundi Dewan Kampung Tanjung Poting yang berada dalam kawasan DUN Tasik Biru apabila calon bertanding dilihat beramah mesra sesama mereka.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN itu, Datuk Henry Harry Jinep dilihat sempat berbual -bual dengan calon DAP DUN berkenaan, Granda Aing ketika mereka berdua menunggu giliran untuk mengundi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan