Oleh Lorenzo Isaac dan Reuben Gomez
KUCHING, 18 Dis : Sebanyak 37 pusat mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong yang dibuka sejak pukul 8 pagi tadi menyaksikan seramai 19,315 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat mereka hari ini.
Tinjauan TVS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua , Siburan di sini mendapati pengundi pelbagai peringkat umur termasuk warga emas kelihatan bersemangat untuk mengundi.
Kemaskini setakat pukul 10.30 pagi tadi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menunjukkan seramai 30 peratus telah keluar mengundi di sini.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Dr Jerip Susil berdepan saingan lima penjuru di sini.
Beliau dicabar oleh calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Sanjan Daik, wakil dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Joshua @ Katok Roman, calon ditampilkan olejh Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Chong Siew Hung dan tidak ketinggalan calon DAP, Chang Hon Hiung. -TVS