Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekas guru mahu aspek pendidikan dibangunkan di DUN Ngemah

BySteward Dawi

KANOWIT, 17 Dis: Pembangunan infrastruktur, sosio ekonomi dan pendidikan adalah tiga aspek yang mesti diberi penekanan menyeluruh di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah, kata calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Ngemah Anyi Jana.

Bekas guru tersebut mahu pembangunan infrastruktur terutamanya jalan raya akan diteruskan dan ditambah baik di sekitar DUN Ngemah.

“Banyak projek infrastruktur di DUN Ngemah masih belum siap dibina. Perancangan sudah ada tetapi belum dilaksanakan.

 “Kita akan meneruskan pembangunan jalan raya terutamanya di kawasan Jagau, Nirok dan Bawan di sini,” katanya.

 Kata Anyi, dari aspek sosio ekonomi  masyarakat tempatan, terdapat keperluan untuk menambah baik ekonomi yang sedia, selain perlu dipelbagaikan supaya membantu menambah hasil pendapatan.

“Sekarang ini, terdapat  aktiviti perladangan menanam kelapa sawit, dan kita mahu aktiviti berkebun kecil menanam sayur-sayuran dan buah-buahan diluaskan lagi di kawasan ini,” katanya.

 Beliau turut mahu memastikan  aspek pendidikan akan dipertingkat bagi memastikan golongan pelajar di DUN Ngemah tidak ketinggalan daripada kemahiran terkini lebih-lebih lagi berasaskan digital.

“Sebagai bekas guru saya amat menitikberatkan soal pendidikan yang berkualiti dan kemudahan untuk pelajar-pelajar kita mesti setanding dengan mereka yang belajar di kawasan bandar.

“Ini termasuk penyediaan kemudahan atau jaringan internet yang berkelajuan tinggi bagi memudahkan pelajar dan guru kita belajar dan mengajar di sekolah atau semasa mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” jelasnya.

Kerusi DUN Ngemah pada PRN Kali ini menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu di antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Anyi Jana melawan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dr Joseph Jawa Kendawang, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Satu Anchom, dan calon Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Leo Bunsu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan