Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Dis : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara di sini hari ini untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut.

Menurut satu kenyataan daripada IJN, Dr Mahathir tiba di institut itu pada pukul 7 malam ini.

“Yang Amat Berbahagia Tun dijangka berada di IJN untuk beberapa hari lagi,” katanya.

Seorang daripada pegawainya ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Ya , benar sebagaimana dalam kenyataan,” kata beliau.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan