Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Smart Urban Farming melestarikan sektor pertanian di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 16 Dis : Program Smart Urban Farming yang dilancarkan menerusi inisiatif oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dilihat sebagai pendekatan terbaik bagi meningkatkan ekonomi petani dan pengeluaran hasil tanaman.

Program tersebut secara tidak langsung memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya pembeli untuk mendapatkan sayur- sayuran pada harga yang berpatutan.

Bagi penduduk Kampung Semerah Padi Fasa 2, mereka berasa teruja dengan program berkenaan.

“Mudah-mudahan dengan adanya program ini, ia dapat membekalkan keperluan sayur – sayuran kepada penduduk di sini dengan harga yang lebih murah daripada yang dijual di pasaran,” kata Sahari Mohamad Ali, Pengerusi , Masjid Darul Husnul Khotimah semasa ditemubual.

Seorang lagi penduduk, Dayang Fauziah Awang Busman berkata, program ini diwujudkan tepat pada masanya kerana dapat membantu golongan yang memerlukan dan tidak mempunyai pekerjaan di kampung itu dan kawasan sekitarnya.

Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dengan kerjasama Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) telah menganjurkan majlis penyerahan di Masjid Darul Husnul Khotimah, Kampung Semerah Padi Fasa 2 Samariang di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek), Datuk Sharifah Haseedah Sayeed Aman Ghazali berkata, masjid tersebut termasuk dalam projek fasa yang pertama yang menerima sumbangan bagi program Smart Urban Farming.

“Mereka menanam hidroponik dengan anggaran sebanyak 900 pot untuk diagihkan kepada komuniti di sekitar masjid ini,” katanya.

Antara objektif program Smart Urban Farming adalah untuk mewujudkan platform kelestarian sosio ekonomi di kalangan komuniti bandar.

Menerusi inisiatif berkenaan yang berteraskan teknologi, penduduk kampung dan kawasan sekitarnya bakal menerima manfaat melibatkan bidang pertanian dan kemahiran digital.

Melalui pertambahan jumlah pusat pertanian kebun bandar pintar seperti yang dirancang, pihak komuniti boleh mengambil peluang untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman bagi meningkatkan sumber hasil tanaman.

Program itu juga turut menyediakan khidmat bungkusan untuk dipasarkan ke pasaraya dan memasuki sektor e-Dagang.

Antara agensi lain yang terlibat menjayakan program ini termasuk CENTEXS, CENTEXS Commercial Services dan pihak TOCLAN. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan