Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sekejap bakal bankrap, sekejap ada duit untuk belanja, Sarawak nang steady!

ByFirdaus Ismail

SEKITAR 2019, ketika Pakatan Harapan masih menerajui pentadbiran negara, Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng pernah memberi amaran bahawa Sarawak boleh bankrap dalam masa tiga tahun di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sekiranya amaran Guan Eng itu menjadi kenyataan, maka, pada tahun depan genaplah tempoh itu.

Sarawak akan bankrap, kalau ikut fahaman bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itulah.

Masa berlalu, ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak rancak berlangsung, seorang lagi ‘taiko’ DAP tampil menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kewangan Sarawak.

Kali ini ialah Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen pula mengambil peranan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) menunjukkan buku yang menceritakan sejarah penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatah Awam Negeri Sarawak (SPANS) pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 60 Penubuhan SPANS di banggunan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. Turut kelihatan, Pengerusi SPANS Datu Abdul Ghafur Sharif (kiri). Foto BERNAMA.

Nampaknya calon DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan itu turut ‘ambil berat’ tentang kedudukan kewangan negeri, namun bukanlah menjadi kesalahan kerana beliau juga seorang bekas wakil rakyat di negeri ini, sudah tentu layak bersuara.

Cuma ‘peluru’ yang digunakan oleh Chieng Jen mungkin boleh dipersoalkan.

Beliau mendakwa rizab Sarawak susut sebanyak RM6 bilion dalam tempoh tiga tahun sahaja sambil memberikan hujahnya, Sarawak memerlukan kerajaan yang mengamalkan tata kelola yang baik dan bijak merancang kewangan.

Sarawak tiada masalah kewangan – Abang Johari

Berdasarkan penjelasan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak sebenarnya tidak mempunyai masalah kewangan dan perbelanjaan besar negeri itu sebenarnya untuk rakyat, kerana banyak disalurkan untuk projek – projek pembangunan.

Abang Johari berkata, Sarawak menerima peruntukan Bajet 2022 sebanyak RM4.6 bilion dan negeri ini mempunyai bajet sendiri sekitar RM7 bilion untuk pembangunan.

Katanya, Sarawak mampu membelanjakan RM1 bilion sebulan untuk projek pembangunan. Nah!, bukan semua negeri mampu berbelanja seperti ini malah banyak negeri yang masih mempunyai Bajet Tahunan kurang RM1 bilion setahun. Di sini, kita dapat lihat kemampuan kewangan yang di miliki Sarawak.

Sarawak bakal bankrap pandangan semborono – Pengalisis

Mengulas mengenai amaran Guan Eng suatu masa dahulu, pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Mohamad Jais berkata, amaran Sarawak bakal bankrap itu merupakan pandangan secara semborono.

Profesor Dr Mohamad Jais

“Rizab dibelanjakan untuk pembangunan adalah sesuatu yang bagus malahan Kerajaan Sarawak sudah beberapa tahun menunjukkan bajet surplus,” katanya.

Memberikan ‘kuliah’ lanjut tentang kitaran ekonomi, Dr Mohamad berkata, perbelanjaan untuk pembangunan akan membawa kesan kitaran ekonomi.

Analoginya seperti ini, kerajaan berbelanja, perniagaan berkembang dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Ini mungkin tidak menunjukkan kesan segera tetapi untuk kesan jangka panjang, ianya langkah yang bagus,” katanya.

Mengukuhkan hujahnya, Dr Mohamad berkata, perbelanjaan RM6 bilion oleh Kerajaan Sarawak untuk pelbagai projek mega ialah bertujuan untuk merancakkan ekonomi.

“Bukan belanja secara suka -suka, sesetengah projek dapat dilaksana segera dan ada pula yang memakan masa untuk menjayakannya tetapi kuncinya, bagus untuk ekonomi,” katanya.

Berbicara lanjut tentang sektor ekonomi yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri, Dr Mohamad berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kerajaan negeri telah memulakan langkah dalam bidang teknologi maklumat malahan mungkin lebih terkedepan berbanding beberapa negeri lain.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen. Kredit gambar Facebook Pengerusi DAP Sarawak.

“Bagaimanapun di sebalik fokus kepada ekonomi digital, kita harus mengakui negeri ini memiliki keluasan tanah, jadi sektor pertanian untuk jaminan keselamatan makanan tidak boleh dikesampingkan,”katanya.

Katanya, jika terus memberi tumpuan kepada perindustrian pula, langkah berkenaan dijangka akan menarik lebih banyak kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negeri ini.

Jadi, dapatlah kita faham bahawa ‘lambat’ lagi negeri ini hendak bankrap malah mempunyai kedudukan kewangan yang stabil untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan malahan telah meneroka sektor ekonomi baharu termasuk tenaga hidrogren yang sangat berpontensi untuk dieksport.

‘Rezeki’ bertambah kerana usaha bantu rakyat

Memetik kata – kata Abang Johari baru – baru ini, semakin banyak Kerajaan Sarawak menolong rakyat, semakin banyak ‘rezeki’ yang diperolehi negeri ini.

Berhubung ‘rezeki’ yang diperolehi Sarawak kerana membantu rakyat, Abang Johari menarik perhatian kepada pengumuman Petroliam Nasional Bhd (Petronas) baru – baru ini berkenaan penemuan gas dari telaga penerokaan Nangka-1 di Blok SK417.

‘Kawasan emas’ baharu yang dijumpai itu terletak di perairan cetek Wilayah Baram kira-kira 180 kilometer (km) dari pantai Sarawak.

“Kita tolong rakyat, rezeki tambah.

“Bulan lepas, Petronas umum temu (jumpa) gas, ada gas baharu yang ditemui, maka adalah hasil kita daripada cukai,” katanya.

Jelaslah bahawa Sarawak steady, sik bankrap kita ! -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan