Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Lima remaja lelaki ditahan, disyaki terlibat buli pelajar junior di Muar

JOHOR BAHRU, 16 Dis : Lima remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di sekitar Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan daerah ini, disyaki terlibat dalam kes buli seorang pelajar sekolah menengah di Daerah Muar, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata kelima mereka ditahan hari ini di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan Daerah Johor Bahru.

Beliau berkata semalam pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di Daerah Muar, dibuli pelajar-pelajar senior di sekolahnya

“Ekoran dari kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri dan telah menerima rawatan di hospital.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari beberapa pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya menyebabkan mereka dibuli,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Kesemua remaja berkenaan akan direman di mahkamah, di Muar esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Polis memandangkan serius terhadap kes-kes jenayah melibatkan pelajar khususnya kes buli di sekolah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat,” kata Zaharudin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan