KUCHING, 16 Dis : Polis mengesahkan kejadian anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching melepaskan tembakan semasa cuba menahan sebuah kereta proton saga yang dipandu seorang lelaki.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, dalam kejadian kira -kira pukul 7.20 malam tadi di persimpangan lampu isyarat Jalan Simpang Tiga, dekat sini, kereta berkenaan dipandu dalam keadaan bahaya.
” Hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan, suspek iaitu lelaki tempatan berumur 24 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan media ,lewat malam ini.
Aidi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
” Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk melengkap siasatan,” katanya.
Video dan gambar di lokasi kejadian turut tular dan insiden itu menyebabkan kesesakan teruk lebih satu kilometer (km). -TVS