Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga fokus utama Abang Johari mantapkan Gedong

GEDONG, 15 Dis : Bagi memastikan Gedong mampu bergerak maju ke hadapan, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menggariskan tiga perkara utama yang akan difokuskan terhadap kawasan ini berdasarkan keupayaan yang dimiliki.

Abang Johari yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ini berkata, keupayaan yang dimaksudkan oleh beliau ialah melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan pembangunan kemahiran yang mahu dipacunya di sini.

“Kita mahu tekankan beberapa perkara di sini kerana Gedong merupakan kawasan pertanian dan ada juga tempat yang boleh jadi tarikan kepada pelancongan. Satu lagi yang saya lihat ialah pembangunan kemahiran di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika temubual secara esklusif bersama TVS malam tadi.

Abang Johari berkata, untuk memperkemaskan lagi rancangan pembangunan Gedong, antara idea yang boleh direalisasikan ialah mewujudkan hab TEGAS untuk pembangunan kemahiran yang kemudian dihubung dengan pusat pengajian tinggi di kawasan berdekatan.

‘Ini bermakna ada kesalinghubungan dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan. Bidang pertanian dihubungkan dengan kepakaran yang dimiliki universiti – universti berkenaan, saya yakin produktiviti pertanian akan meningkat,” katanya.

Berhubung agenda pembangunan dibawakan oleh GPS pula, Abang Johari berkata, ia merangkumi setiap lapisan masyarakat bagi memastikan rakyat di kawasan ini dapat menikmati pembangunan yang lebih berkesan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan