Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kelulusan RUU Pindaan Perlembagaan MA63 Satu Langkah Signifikan

KUCHING, 14 DIS: Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diluluskan di Dewan Rakyat adalah satu langkah yang signifikan, kata Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman.

Beliau berkata, kelulusan ini membolehkan kerajaan negeri menuntut semula hak yang telah termaktub dalam MA63 dan juga yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.

“Sudah tentu, ini berita baik kepada semua rakyat Sarawak dan Sabah yang telah menunggu sekian lama untuk kedudukan dua wilayah di Borneo ini di kukuhkan sebagai rakan setaraf (equal partners) dalam penubuhan Malaysia,”

“Saya menzahirkan ribuan terima kasih kepada kesemua Ahli Parlimen yang menyokong RUU ini, menggambarkan kesedaran mereka akan peri pentingnya memulihkan status Sarawak dan Sabah dalam persekutuan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, dengan pindaan perlembagaan yang diluluskan ini, diharap agar lebih banyak hak Sarawak yang terhakis secara sengaja atau tidak sengaja boleh dikembalikan selaras dengan pindaan kepada Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan.

“Kerajaan Sarawak bawah tadbir selia GPS telah merangka pelbagai inisiatif dalam mengembalikan hak Sarawak antaranya memperkenalkan cukai jualan negeri (SST) dan juga mendapatkan kuasa dalam pengedaran gas berlandaskan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016).

“Ia juga telah mengembalikan kuasa perlombongan kepada Petroleum Sarawak Bhd (PETROS), untuk menjalankan perlombongan minyak dan gas di kawasan darat negeri,” ujar beliau.

Fazzrudin menegaskan semua itu telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun dan kerajaan GPS juga ada banyak lagi perancangan untuk menuntut hak yang terhakis dari kerajaan pusat.

“Ini mencerminkan kesungguhan kerajaan GPS dalam mempertahankan hak Sarawak berlandaskan MA63, laporan IGC dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Justeru beliau berharap agar usaha murni ini akan terus mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada rakyat Sarawak, sekaligus membantu membangunkan negeri ini untuk kepentingan semua.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli parlimen pada Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung RUU tersebut berkata status sama rata bagi negeri Sabah dan Sarawak tidak pernah diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang negara.

Sementara itu, TVS turut menyiarkan program khas berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

Program khas ini boleh ditonton menerusi pautan berikut:

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan