Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hospital Sri Aman baharu dijangka beroperasi April 2022

ByDouglas Elliot

SRI AMAN, 15 Dis: Hospital baharu Sri Aman yang dijangka akan beroperasi pada April tahun depan akan menaik taraf fungsi hospital lama di bandar ini yang beroperasi sejak 1964.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, hospital baharu ini mempunyai kapasiti sehingga 108 katil, bertepatan dengan sasaran kerajaan mencapai nisbah 2.06 katil bagi setiap 1,000 penduduk menjelang 2025.

Ujar beliau, selepas beroperasi kelak, penduduk di sini dan kawasan sekitarnya tidak perlu ke Kuching untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan memandangkan ia turut dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan terkini.

“Hospital ini akan mempunyai mesin pengimbas yang pertama di Sri Aman dan kemudahan lain seperti pusat hemodialisis, wad kecemasan, kuaters pekerja dan farmasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Cadangan Membina dan Menyiapkan Hospital Baharu Sri Aman Fasa Dua di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Khairy Jamaluddin, beliau menyedari operasi hospital berkenaan sangat dinantikan oleh penduduk setempat.

“Hospital baharu ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan moden, selain meningkatkan kapasiti pusat kesihatan awam bagi menghadapi sebarang ancaman gelombang baharu COVID-19,” katanya.

Pembinaan hospital berkenaan yang menelan kos melebihi RM187 juta dijangka akan membuka lebih 500 peluang pekerjaan.

Ia mula dibina pada 2012 dengan projek pembaikan tanah dan seterusnya pada 2015, namun mengalami kelewatan berikutan pandemik COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan