Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

SDEC sasar 97.9 peratus liputan internet di Simunjan hujung 2022

ByLuqman Muhammad

SIMUNJAN, 14 Dis : Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) menjangkakan Daerah Simunjan akan mencapai liputan internet yang lebih efisien sebanyak 97.9 peratus menjelang akhir Disember tahun depan.

Pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani berkata, ketika ini Simunjan menikmati capaian telekomunikasi mencecah 59.6 peratus.

Ujar beliau, sasaran berkenaan mampu dicapai dengan adanya inisiatif dari Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bagi merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dengan masyarakat luar bandar.

“Perlaksanaan Projek MySRBN melalui peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan kepada SDEC merupakan komitmen jelas oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan liputan rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dilaksanakan di luar bandar dan pinggir bandar Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sarawak Linking Urban Rural And Nation-Sarawak Rural Broadband Network Saluran-MySRBN) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mohamad Morshidi turut memberitahu, Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan prestasi capaian internet 54.2 peratus ketika ini kepada ke 93.6 peratus di seluruh negeri pada penghujung 2022.

” Berbalik kepada pencapaian di sini, setakat ini sebanyak 447 buah premis iaitu 306 di Simunjan dan 141 di Gedong sudah menerima perkhidmatan MySRBN dengan menikmati internet tanpa had sehingga kelajuan 30Mbps,” katanya.

Menerusi pelancaran Saluran MySRBN ini juga , ia menjadikan keseluruhan sebanyak lapan menara SMART di Simunjan dan Gedong lengkap dengan sistem kesalinghubungan akan siap dibina di bawah inisiatif SALURAN menjelang suku pertama 2022.

“Ia akan dapat memberi manfaat kepada 38, 429 orang pengguna,” katanya. -TVS

Tags: SDEC, Simunjan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan