Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM367.84 juta untuk bangunkan Daerah Lingga

ByFebbright James

LINGGA, 14 Dis : Daerah ini yang secara rasmi dinaik taraf menjadi daerah penuh akan menerima peruntukan sebanyak RM367.8 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan, kata Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ujar beliau, jumlah itu melibatkan pembinaan jalan raya, jambatan dan bangunan pentadbiran untuk kemudahan penduduk.

“Kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar untuk memastikan Lingga menjadi daerah yang berkembang pesat , selari dengan visi kerajaan dalam membangunkan kawasan luar bandar,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Daerah Lingga Sebagai Daerah Penuh Baharu Sarawak di Dataran Terubok Lingga di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri , Datuk Amar Jaul Samion.

Memperincikan lagi butiran perbelanjaan berkenaan, Abang Johari berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM90 juta untuk projek perlindungan tebingan Sungai Bakong selain pembinaan infrastruktur pengairan dan saliran Bakong yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM33.2 juta.

“Selain itu, kita (kerajaan negeri) juga akan membangunkan kompleks eko-pelancongan Gunung Lesong dengan peruntukan sebanyak RM33.7 juta,”katanya.

Abang Johari berkata, bagi pembangunan infrastruktur jalan raya pula, kerajaan telah meluluskan pembinaan Jalan Stirau-Bakong Bypass bernilai RM15.62 juta serta menaik taraf Jalan Menuang ke Langgir dengan kos sebanyak RM48.8 juta.

“Kita juga menaik taraf Jalan Menangkin ke Engkeranji dengan kos sebanyak RM71.50 juta dan pembinaan Jalan Lingga ke Banting yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM75 juta, “katanya.

Tambahnya, semua peruntukan berkenaan telah diluluskan sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak terbubar pada 3 November lepas.

Sebelum ini , Lingga merupakan daerah kecil di Sri Aman, yang mempunyai 42 kampung dan rumah panjang dengan anggaran penduduk sebanyak 6,300 orang.

Setelah dinaik taraf , Lingga kini merangkumi 55 buah kampung dan penambahan penduduk sebanyak 12,000 orang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan