Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program ‘Lan Berambeh Makai Ba Sarawak’ jadi platform promosi produk pelancongan gastronomi

ByMadeline Dugat

KUCHING, 14 Dis : Pernahkah anda menikmati tebaloi, makanan tradisi Melanau yang berasal dari Mukah?

Keunikan makanan ini menjadikan ia sangat terkenal di Sarawak sehinggakan ia dikomersialkan di luar negeri.

Tebaloi, yang diperbuat daripada tepung sagu, kelapa, gula, dan telur, menjadi hidangan wajib ketika musim perayaan seperti Pesta Kaul.

Untuk makluman semua, makanan telah diklasifikasikan sebagai warisan budaya tidak ketara (intangible cultural heritage).

Selain itu, nasi goreng daun ubi menjadi salah satu pilihan pelancong apabila mereka datang ke negeri ini.

Selain itu, antara makanan popular di Sarawak adalah ayam pansuh, laksa Sarawak, mi kolo, midin, ikan terubok, sagu gula apong, umai, tempoyak goreng, sambal kantan, sambal terung asam, nasi beras Bario, tibudok dan kuih jala.

Kepelbagaian makanan etnik ini menjadi tarikan yang berpotensi sebagai produk-produk pelancongan gastronomi dan menyumbang kepada hasil pendapatan negara.

Kesemua sajian tersebut dipamerkan pada Program ‘Sarawak Food Trail – Lan Berambeh Makai Ba Sarawak 2021’ anjuran Tourism Malaysia Sarawak yang menjadi platform bagi mempromosikan pelancongan gastronomi pasca COVID-19.

Program tersebut telah berlangsung pada 8 hingga 12 Disember lepas di beberapa lokasi sekitar Kuching.

Pengurus Besar Tourism Malaysia Sarawak, Noriah Jaafar, berkata ia dapat membantu membangunkan semula sektor pelancongan domestik dalam norma baharu fasa endemik.

“Kita ingin menarik pelancong dari luar untuk melancong ke negeri ini.

“Program ‘Lan Berambeh’ ialah Sarawak Food Trail. Kita sebenarnya mempromosikan makanan yang ada di negeri Sarawak dan berbeza daripada Semenanjung, sekaligus memperkenalkan pelancongan gastronomi,” katanya.

Noriah menambah, pelancong dapat makan sambil melancong dan mencuba pelbagai aktiviti di negeri ini selain melihat sendiri apa yang Sarawak boleh tawarkan kepada pelancong domestik.

“Kita nak pelancong memilih untuk datang ke sesuatu negeri dan mencuba makanan yang ada.

“ Sebagai contoh, makanan di Sarawak ini susah didapati di Semenanjung. Jadi melalui program ini, kita dapat memberi pendedahan tentang makanan yang istimewa di negeri ini untuk kita tawarkan sebagai satu elemen pelancongan,” katanya. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan