Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peratusan mengundi awal PRN Ke-12 Sarawak cecah 89 peratus – SPR

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 14 Dis : Peratusan mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak hari ini mencecah 89 peratus.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sebanyak 18,141 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis dan pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

” SPR ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerja kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya.

Pada masa sama, SPR turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan pihak berkuasa tempatan yang memberi kerjasama pada hari ini.

Sebanyak 85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran dibuka sejak 7.30 pagi tadi dan ditutup pada 5 petang tadi.

Seramai 23,043 pengundi awal pula dijangka memilih calon wakil rakyat mereka pada hari ini.

Jumlah itu melibatkan seramai 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) .

Seramai 10,458 pengundi lagi merupakan anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan yang melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan