Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Calon GPS DUN Nangka kesal difitnah beri cawan bersama wang kepada pengundi

Sibu, 14 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Dr. Annuar Rapaee kesal dengan taktik kotor pihak tertentu yang mengaitkan beliau dengan pemberian cawan tertera logo partinya berisi wang tunai seperti yang tular hari ini.

Dr. Annuar berkata, gambar cawan berkenaan yang ‘diisi’ wang tunai RM250 bertujuan merosakkan imej beliau apabila disebarkan menerusi Facebook dan WhatsApp.

” Merujuk kepada satu hantaran mengenai gambar ‘GPS Mug & wang’ di Facebook, saya menafikan terlibat dengan perbuatan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Dr. Annuar yang merupakan penyandang kerusi itu mengakui cawan itu adalah miliknya dan beliau telah memberikannya kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan sejak beberapa bulan lepas.

“Cawan berkenaan telah diberikan kepada ribuan rakyat di DUN Nangka sebelum ini termasuk semua penerima vaksin dalam Program Vaksinasi Bergerak di LAKIS.

Saya percaya penyebaran gambar itu adalah salah satu cara untuk mencemarkan imej calon semasa kempen memasuki hari – hari terakhir,” katanya.

Sementara itu, pengikutnya di Facebook turut tampil memberi reaksi berkenaan isu ‘cawan RM250’ itu.

Wan Ahmadi Wan Zaine menerusi komennya berkata, sesiapa sahaja boleh mengambil gambar seperti itu.

” Sik (tidak) beretika kalau hendak jatuhkan lawan menggunakan cara seperti ini. Kalau benar, terus laporkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” tulisnya.

Komen Rohani Eded pula, berdasarkan pengetahuannya, cawan berkenaan telah wujud sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak diumumkan.

“Kuno cara politik. Sekarang abad ke-21 bukan abad ke-20,” katanya. -TVS

Dr. Annuar menjelaskan cawan ‘berisi’ wang yang tular hari ini sebenarnya telah diberikan oleh beliau kepada beribu penduduk di DUN Nangka termasuk kepada penerima vaksin sebelum ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan