Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

King Sing balas sindiran Teresa Kok, ungkit cadangan minum sesudu minyak sawit

KUCHING, 13 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing tampil menyelar Anggota Jawatankuasa Pusat DAP, Teresa Kok yang mempersoalkan manifesto beliau untuk kawasan yang ditandinginya.

King Sing berkata, adalah lebih baik sekiranya Teresa ‘menjauhkan diri’ dari Sarawak sambil mengingatkan Ahli Parlimen Seputeh itu tentang cadangannya ketika menjadi Menteri Industri Utama iaitu meminta rakyat minum satu sudu minyak kelapa sawit sehari.

“Beliau membuat dakwaan yang lucu ketika itu tanpa memikirkan kesan kepada kesihatan rakyat,” katanya.

King Sing berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Teresa yang mempersoalkan manifesto beliau yang ketika ini dalam ‘perlumbaan’ untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Teresa berpendapat, manifesto berkenaan terlalu gah sambil menyindir King Sing dengan mengatakan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu seolah – olah sedang bertanding bagi merebut jawatan Ketua Menteri.

Teresa ketika ini berada di Sarawak untuk membantu kempen calon – calon DAP yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai visinya, King Sing berkata, apa yang ditawarkan oleh beliau bukanlah janji kosong semata – mata sebaliknya berkeupayaan untuk melaksanakannya.

“Selagi Dudong memberi peluang kepada GPS, kami akan bekerjasama dengan erat untuk menjadikan Dudong yang lebih baik.

Kita boleh membuktikan Teresa Kok salah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan