Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

HEDY’s ‘lahirkan’ 3,000 usahawan , bantu orang ramai jana pendapatan

KUCHING, 12 Dis : Tidak sekadar menjual dan mengubah kuih batang buruk menjadi ala hipster di bawah jenama HEDY’S , sepasang suami isteri turut membimbing lebih 3,000 usahawan setakat ini yang menjual kuih tradisional berkenaan.

Bermula sekadar menjual kuih tradisional dari rumah mereka pada 2019, pengasas produk tersebut, Hedayah Kaulan dan Syalihin Hedy kini mempunyai 15 orang pekerja dan beroperasi dari ‘markas’ mereka di Johor.

Produk utama yang menjadi tunjang kekuatan syarikat mereka iaitu Original Batang Buruk Johor kini telah bertapak di Sarawak melalui ejen – ejen HEDY’S di sini.

Kini, HEDY’S bukan hanya terkenal dengan pelbagai jenis kuih tradisional seperti kuih bangkit gula Melaka, kuih batang buruk dan muruku cheese tetapi mampu membantu orang ramai yang berminat untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan menerusi penjualan produk.

“Kami bermula dengan menjual kuih batang buruk sebelum beralih kepada kuih bangkit gula Melaka dan muruku cheese tetapi kuih batang buruk HEDY’S masih mendapat tempat di hati pelanggan.

“Maklum balas pelanggan mengatakan kuih batang buruk kami sangat rangup, cair di mulut dan tidak terlalu manis.

Penjualan yang makin meningkat mencetuskan ilham untuk membantu melahirkan lebih ramai peniaga dengan menjadi ejen dan ‘dropship,” kata Hedayah ketika temubual bersama TVS baru – baru ini.

Menurut Hedayah, suaminya yang berasal dari Sarawak sangat meminati kuih batang buruk namun kerana kesukaran untuk mendapatkan kuih yang memenuhi cita rasanya, beliau membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri kuih tradisional berkenaan.

” Seterusnya saya mula menjual dan tidak menyangka mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan,” katanya.

Jelasnya, sambutan yang menggalakkan mendorongnya mengupah pekerja untuk menghasilkan lebih banyak produk dan dari situ terdetik idea untuk menjualnya melalui ejen dan ‘dropship.

“Harapan kami ialah supaya dapat membantu lebih ramai rakyat Sarawak dan Semenanjung untuk menjadi usahawan berjaya walaupun hanya bergelar ejen jualan,” katanya.

Hedayah memberitahu, bentuk bimbingan yang diberikan merangkumi cara berniaga yang betul dan teknik pemasaran berkesan.

“Kami bukan sahaja membantu dari segi bimbingan malah dari segi penyediaan bahan juga seperti iklan yang akan memudahkan usahawan untuk memasarkan HEDY’s,” katanya.

Kini, mereka boleh berbangga kerana produk yang dikeluarkan mampu membantu orang ramai menjana pendapatan selain mengubah kedudukan kewangan.

” Jangan terkejut jika saya beritahu ada di kalangan ejen kami yang berjaya mencapai jualan mencecah lima angka sebulan,” katanya.

Sekiranya ada berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HEDY’s, sila layari laman web HEDY’S di www.batangburuk.com dan media sosial HEDY’s iaitu hedys_hq di Instagram dan HEDY’S di Facebook.

Anda juga boleh hubungi atau menghantar WhatsApp di talian 013-6658801 untuk sebarang pembelian atau pendaftaran ejen. -TVS

Antara produk – produk yang diekluarkan HEDY’s selain Batang Buruk Original ialah Muruku Shake dan Kuih Bangkit Gula Melaka

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found