Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guna ATM bayar saman lebih mudah

SIBU, 13 Dis : Orang ramai kini mempunyai lebih pilihan untuk membayar saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terpilih.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, pembayaran melalui mesin ATM mula aktif sejak semalam bagi menyediakan lebih banyak pilihan untuk membayar saman serta mengelakkan orang ramai berbaris panjang membuat pembayaran melalui kaunter saman trafik.

Katanya, kaedah lain pembayaran saman yang disediakan bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bermula 9 Disember lalu ialah secara dalam talian melalui aplikasi Mybayar Saman dan juga Mysikap JPJ.

” JSPT Kontinjen Sarawak telah berjaya merekodkan kutipan keseluruhan saman berjumlah RM5,640,970.00 sehingga 12 Disember.

Jumlah tersebut merangkumi bayaran saman bagi POL 170a sebanyak 83,559 saman dan POL 257 sebanyak 23,890 saman,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Katanya, pihaknya telah mencatatkan sejumlah RM1,035,000.00 bagi kutipan keseluruhan saman dengan diskaun 80 peratus pada Ahad sahaja.

Katanya, sejumlah RM4,078,040.00 bayaran saman juga berjaya dikutip sepanjang tempoh empat hari iaitu sejak 9 hingga 12 Disember.

“Jumlah tersebut termasuk kutipan melalui kad kredit berjumlah RM395,770 00,” katanya. -TVS

Tags: polis, saman

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan