Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kementerian Luar bersedia promosi Putri Santubong di luar negara

KUCHING, 12 Dis : Kerajaan Persekutuan akan terus memberi sokongan terhadap usaha Kerajaan Sarawak dalam merancakkan semula industri kreatif.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, inisiatif kerajaan negeri terhadap sektor ini merupakan satu kesinambungan berdasarkan kejayaan beberapa program sebelum ini.

Ujarnya, sebelum ini Sarawak sudah dikenali kerana kejayaan menganjurkan Rainforest Music Festival yang sudah terkenal di seluruh negara sekaligus menjadi buah mulut peminat muzik mahupun pelancong luar.

“Persembahan Teater Muzikal Putri Santubong The Warrior Princess pula, kita dapat lihat latar tradisional yang disampaikan dengan cara begitu, halus penuh kesopanan dan kesusilaan bangsa kita dan orang Sarawak yang menggunakan teknologi moden,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pementasan teater muzikal berkenaan di Kampung Budaya semalam.

Menurut beliau, terdapat negara yang telah melangkah jauh dari segi proklamasi budaya apabila mengadunkan antara bahan-bahan klasik dengan bahan yang moden.

“Saya lihat ramai anak muda terlibat dan ini sangat bagus.

Saya fikir itu adalah hasil dari kerjasama semua pihak yang terlibat dan kami di Kementerian Luar menyambut baik usaha untuk mempromosikan budaya Malaysia menerusi pejabat kedutaan kita, walaupun secara sederhana tetapi untuk permulaan , ini boleh dilaksanakan,” katanya.

Saifuddin berkata, Putri Santubong merupakan contoh keunikan budaya yang patut diketengahkan kepada dunia luar kerana industri kreatif mempunyai potensi besar kepada negara termasuk dari segi menggamit pelancong asing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan