Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sekumpulan penduduk Rumah Panjang Sunny ‘angkat kaki’ dari PSB

ByAkma Salleh

MUKAH, 11 Dis : Sekumpulan individu yang mendakwa mereka merupakan penduduk di Rumah Panjang Sunny dan juga ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB) di sini mengambil keputusan untuk keluar daripada parti berkenaan.

Jurucakapnya, Nanang Balai yang turut mendakwa beliau sebagai Ketua Ranting PSB kawasan itu berkata, keputusan itu diambil kerana mereka kecewa dengan parti itu yang tidak menunaikan janji.

Nanang berkata, dia menyertai PSB pada tahun lepas dan antara faktor yang membuatkannya ‘angkat kaki’ ialah kerana tiada kemajuan yang dibawa oleh parti berkenaan.

” Tiada kemajuan yang saya maksudkan ialah dari segi peruntukan, bantuan bidang penternakan dan juga pertanian,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Nanang yang juga Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Rumah Panjang Sunny berkata, sehubungan itu, dia dan kumpulannya memilih untuk memberi sokongan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan ini dan berharap agar nasib mereka akan lebih terbela.

” Selama ini kami sokong pembangkang iaitu PSB. Kami juga pernah sokong Pakatan Harapan (PH) dan Amanah tetapi saya mendapati kebanyakan penduduk di sini sudah beralih arah dan tidak lagi menyokong (pembangkang), mungkin sekitar 70 hingga 80 peratus,” katanya.

Ditanya apa janji yang tidak ditunaikan, Nanang berkata, parti – parti pembangkang itu menjanjikan kemudahan infrastruktur, ukur tanah, bantuan pertanian serta perahu untuk nelayan tetapi tidak ditunaikan.

” Alasan yang diberikan ialah kerana mereka kalah, kalau menang , jani akan ditunaikan,” katanya.

Sementara itu Nanang berkata, beliau dan rakan – rakannya juga sudah ‘serik’ dengan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa tidak menunaikan janji terhadap penduduk di rumah panjang.

” Masa PH (jadi Kerajaan Persekutuan) pula, tiada faedah untuk kami di rumah panjang, janji dalam manifesto tidak diitunaikan dan janji itu sudah tenggelam,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSB, George Lo ketika dihubungi TVS berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan sama ada Nanang dan kumpulannya merupakan ahli mereka di kawasan itu atau sebaliknya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan