Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sate ulat mulong jana pendapatan penduduk Mukah

ByAkma Salleh

MUKAH, 10 Dis: Sebut sahaja ulat, pasti ramai yang geli-geleman apatah lagi untuk menjadikannya sebagai sajian makanan.

Akan tetapi, ulat mulong atau ‘Siet’ dalam bahasa Melanau sememangnya telah menjadi makanan ruji bagi masyarakat di sini tidak kira sama ada sebagai sajian utama ataupun kudapan.

Menyedari terdapat permintaan siet, seorang peniaga ikan bakar di sini, Mohamad Hasnan Bin Enoh, 32 mula menjual siet sejak tahun lalu sebagai kudapan atau snek di gerainya di Mukah Food Street.

“Bagi yang tidak pernah cuba siet, pasti mereka berasa geli tetapi bak kata orang, rasa sekali pastu mau lagi!

“Memandangkan saya sememangnya menjual ikan dan ayam bakar di gerai saya, timbul idea untuk memasak siet menggunakan kaedah yang sama iaitu dengan memanggang dan menyalai isi siet dan terbukti memang ada sambutan,” katanya kepada TVS baru-baru ini.

Satu-satunya penjual siet salai di sini, Mohd Hasnan menjual siet salai dengan harga RM3 secucuk yang diperap dengan garam, perasa dan kunyit sebelum dibakar.

Mohd Hasnan di gerainya di Mukah Food Street

“Dalam secucuk ada dalam empat hingga lima ekor, bergantung pada saiz.

“Kebiasaannya saya menjual sebanyak lima hingga enam kilo siet dalam masa sehari,” tambahnya.

Jelasnya, keistimewaan ulat mulong ialah ia menghasilkan minyak sendiri jadi tidak perlu memggunakan minyak apabila memasak jadi kaedah memanggang atau menyalai terbukti paling sesuai untuk memasak hidangan tersebut.

‘Siet’ yang diperolehi dari dalam pokok rumbia kebiasaanya akan digoreng menggunakan cili, bawang putih, bawang merah dan kicap.

Selain siet yang sudah siap dimasak, Mohd Hasnan turut menjual siet yang disejuk-bekukan memandangkan kaedah tersebut dalam memastikan bekalan yang berterusan.

“Saya sebenarnya ingin memasarkan atau mengetengahkan produk saya di peringkat yang lebih tinggi dan mungkin di peringkat antarabangsa kerana memang ada permintaan.

“Kebiasaannya kita lihat hanya ayam, daging sahaja yang disejuk bekukan.
“Jadi saya merancang untuk mengetengahkan ulat mulong ini menerusi cara tersebut supaya ia lebih dikenali lagi oleh penduduk tempatan kita khususnya di Sarawak ini,” katanya kepada TVS pada Jumaat.

Mengakui kesan pandemik masih terasa, ujar Hasnan, harga ulat mulong kini semakin meningkat di pasaran.

“Saya mendapat bekalan ini dari kampung-kampung berdekatan.

“Kadang-kadang harga boleh mencecah sehingga RM70 ke RM80 ringgit per kilogram,” katanya.

Justeru beliau berharap agar ada bantuan untuk beliau sebagai Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) di Mukah tidak kira dari segi bantuan tempat jualan yang selesa, bekalan ulat mulong atau bantuan peralatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan