Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PETRONAS, PETROS meterai MoU tingkatkan bekalan gas asli ke Sarawak menjelang 2030

KUCHING, 11 Dis : Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) untuk meningkatkan bekalan gas asli ke Sarawak secara berperingkat sehingga 1,200 juta kaki padu standard sehari (mmscf/d) menjelang 2030.

Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, MoU itu akan merealisasikan kemajuan kukuh ke arah Hala Tuju Gas Sarawak (SGR), pelan 10 tahun yang direka untuk memanfaatkan potensi penuh sumber gas negeri yang melimpah di bawah Wawasan Sarawak 2030.

“Dengan pengumuman hari ini mengenai akses kepada peningkatan bekalan 1,200 mmscf/d gas menjelang 2030 untuk tujuan domestik, kami telah bersedia untuk melaksanakan SGR kami.

“Ini adalah satu pencapaian, peningkatan bekalan sebanyak 250 peratus daripada 450 mmscf/h pada masa ini, memastikan sumber Sarawak untuk kemajuan Sarawak,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di sini hari ini.

Pada 7 Dis, 2020, kerajaan negeri dan Petronas memeterai perjanjian penyelesaian komersial (CSA) yang bakal membuka peluang yang lebih luas kepada pembentukan dan pelaksanaan pelan induk gas yang komprehensif bagi Sarawak.

Menerusi CSA, Abang Johari berkata kerajaan negeri memberi penekanan kepada penyertaan lebih besar kontraktor Sarawak dalam industri minyak dan gas Malaysia dengan tumpuan kepada aktiviti minyak dan gas di Sarawak.

“Melalui rangka kerja perundingan, kami berusaha mencapai tiga objektif utama bersama Petronas untuk memberi manfaat kepada komuniti kontraktor Sarawak.

“Ini termasuk untuk menguasai bahagian yang lebih besar kontrak bernilai tinggi, mengesahkan dan mengutamakan syarikat berpangkalan di Sarawak  dan mempercepatkan Program Pembangunan Vendor untuk syarikat-syarikat Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan