Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lori balak dan pikap bertembung, empat cedera

KAPIT, 11 Dis : Empat cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori balak dengan kenderaan pacuan empat roda yang bertembung di Jalan Kem Sungai Paku, Mujong, dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.58 pagi.

Susulan itu katanya, sekumpulan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira – kira 40 kilometer (km) dari balai.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah lori balak tanpa muatan dan sebuah pacuan empat roda yang bergerak dari arah bertentangan dan setibanya di lokasi, kedua -dua kenderaan itu dipercayai bertembung di selekoh berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, ketika pasukan bomba tiba, kedua-dua buah kenderaan terbabit didapati berada dalam keadaan mengiring di atas jalan.

“Kesemua mangsa yang menaiki pacuan emoat roda tersebut telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Kapit untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan