Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki maut, kereta rempuh tiang telekomunikasi

Mukah, 11 Dis : Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu oleh adiknya hilang kawalan serta terbabas sebelum melanggar tiang telekomunikasi di Jalan Mukah-Balingian sekitar 6.30 petang semalam.

Akibat pelanggaran itu, mangsa, Zafane Laisa @ Vecent Laiseng, 36, cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan, Mohamad Rizal Alias berkata, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia itu sedang dalam perjalanan ke Balingian dari Mukah.

“Mangsa yang merupakan abang kandung pemandu berusia 31 tahun terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Mukah di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohamad Rizal memberitahu, pemandu kereta berkenaan kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.

“Kes kemalangan ini kini disiasat mengikut Seksyen 112 Akta Pengangkutan Jalan (APK) 1987,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan