Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dari Kuala Lumpur ke Oya, sentuhan fesyen Erwan terus hidup

MUKAH, 11 Dis : Beribu kilometer (km) dari ‘kota fesyen’ Malaysia iaitu Kuala Lumpur atau lebih tepatnya di Kampung Bakong , Oya, di sini , sedang ‘bersembunyi’ seorang pereka berbakat yang pernah memeriahkan industri fesyen negara.

Baju yang dibikin oleh lelaki ini juga disarung oleh Miss Universe Malaysia, Deborah Henry yang pernah menarik perhatian peminat pertandingan ratu cantik dunia , lebih 10 tahun lepas.

Eswan Asbor, 40, pemilik jenama berkenaan turut menumpahkan idea kreatifnya bagi memberikan penampilan bergaya di karpet merah kepada beberapa artis terkenal seperti Diana Daniel, Kenchana Dewi dan tidak terkecuali penyanyi evergreen, Datuk Khatijah Ibrahim.

Ketika ini, semua gemerlapan glamour dunia hiburan dan kesibukan menjelang minggu fesyen di ibu kota mungkin sudah berlalu dalam kamus hidupnya, namun sentuhan kreatifnya masih hidup.

Bertempat di sebuah kedai kecil di kampungnya, pereka fesyen ini masih menerima tempahan cuma yang berbeza , majoriti pelanggannya kini bukan lagi selebriti terkenal tanah air sebaliknya penduduk tempatan.

” Saya pulang ke kampung sekitar 2015 kerana ketika itu, ibu kurang sihat , saya hanya mempunyai dua orang adik beradik sahaja,” katanya ketika ditemui di TVS di sini baru – baru ini.

Bagi Erwan, keluarga lebih penting dan kepulangan ke kampung halaman bukan kerana mengalah sebaliknya idea kreatifnya boleh berterusan di tempat kelahirannya.

Mengimbau detik permulaannya sebagai pereka fesyen, Erwan memberitahu, minatnya mula bercambah sejak berusia 11 tahun lagi dan pada 2005, dia berjaya mengetuk pintu industri fesyen tempatan.

” Saya menyambung pengajian di Giat Mara dalam bidang fesyen. Ketika berusaha mencari ‘tapak’ dalam industri fesyen, saya mendapat perkhabaran yang cukup mengembirakan apabila diberi kesempatan untuk bekerjasama dengan Deborah.

Sejak itulah, rekaan saya mula diburu oleh majalah – majalah serta artis yang lain,” katanya.

Erwan Asbor kini meneruskan minatnya dalam bidang fesyen di kampung halamannya di Mukah, Sarawak.

Menurut Erwan, permulaan kariernya di Kuala Lumpur bukanlah semudah yang disangka kerana dia turut menapak dari satu tangga ke satu tangga sebelumnya namanya ‘diterima masuk’ dalam industri.

” Saya masih ingat lagi, ketika mula berhijrah ke Semenanjung Malaysia dahulu, saya juga pernah hidup susah apabila pada suatu masa , hanya mampu makan mi segera sahaja untuk alas perut,” katanya.

Tidak berputus asas, Erwan berkata, dia menebalkan muka dengan memanjat tangga pejabat majalah untuk mempromosikan baju rekaannya di samping ‘mengejar’ pengurus artis tempatan bagi memujuk mereka menggunakan baju – baju yang direkanya.

Berbalik kepada kehidupannya di kampung ketika ini, Erwan berkata, dia gembira kerana memilih untuk berada dekat dengan keluarganya dan hidup secara sederhana di kampung.

Antara kenangan manis dalam kerjayanya sebagai pereka fesyen ialah berpeluang menghasilkan gaun yang dipakai oleh Miss Universe Malaysia, Deborah Henry.

” Kalau dahulu, saya sering mendapat panggilan orang glamour untuk reka baju tetapi kini, bakal pengantin atau paling top ialah wakil rakyat yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya,” katanya sambil tersenyum.

Erwan berkata, dia tidak memutuskan hubungan secara total dengan dunia hiburan kerana sesekali masih berhubung dengan beberapa artis yang pernah memakai rekaannya seperti Kenchana.

Selain itu, Erwan memberitahu, dia juga menternak burung puyuh dan menjualnya kepada kedai makan di kawasan sekitar.

” Saya perlu pelbagaikan kegiatan ekonomi untuk menjana pendapatan. Kadang kala saya turun padang membantu operasi kedai makan milik ibu yang terletak di Pekan Oya,” katanya.

Berhubung perancangan masa hadapan, Erwan berkata dia bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kepakarannya dengan melatih generasi muda yang berminat untuk menjadi pereka fesyen . -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found