Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak sasar potensi sumber baharu perhutanan melalui PES

BINTULU, 10 Dis : Kerajaan Sarawak sedang mengkaji aliran pendapatan baharu daripada sumber hutan melalui Bayaran Perkhidmatan Ekosistem (PES), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata pendekatan baharu seperti projek offset karbon akan membantu orang ramai atau komuniti tempatan mendapat manfaat daripada hutan seperti sumber air bersih.

“Mengatur pembayaran untuk faedah yang disediakan oleh hutan, tanah subur, perlindungan kawasan legeh dan ekosistem semula jadi lain adalah cara untuk mengenali nilai mereka dan memastikan manfaat ini berterusan dengan baik pada masa akan datang.

“Susulan hasil pendapatan dariapada pengurusan sumber semula jadi semakin berkurangan, pelbagai PES telah muncul sebagai sumber pembiayaan lestari berpotensi untuk pemuliharaan,” katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Sumber Hutan 2021 di sini hari ini.

Persidangan dua hari secara maya dan fizikal itu anjuran bersama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu disertai oleh 157 peserta dan 22 pembentang daripada pelbagai negara termasuk Jepun, Singapura dan Itali. – TVS

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan