Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak peruntuk RM10 juta selesai isu pengurusan sumber hutan

BINTULU, 10 Dis: Kekurangan penyelidik yang berkelayakan menghalang hasrat Kerajaan Sarawak untuk menangani dan menyelesaikan isu pengurusan sumber hutan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Justeru Kerajaan Sarawak telah melantik Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu sebagai Hab Penyelidikan Perhutanan di Sarawak dengan jumlah pembiayaan lebih RM10 juta.

Jelas beliau, melalui usaha itu, Sarawak dapat membangun serta membolehkan penyelidik melaksanakan topik penyelidikan berkaitan yang diperlukan dalam bidang pengurusan sumber hutan.

“Pelaksanaan kerjasama itu akan dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama memerlukan RM 4.5 juta dan fasa kedua dan ketiga memerlukan RM6.8 juta.

“Saya akan mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Sarawak
(EPU) untuk mengeluarkan dana sebagai geran kepada FDS dan FDS akan mengeluarkan dana tersebut mengikut kemajuan penyelidikan yang dijalankan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada Majlis Persidangan Antarabangsa Pengurusan Sumber Hutan 2021 yang telah dianjurkan bersama Jabatan Hutan Sarawak dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.

Jelas beliau, usaha sedemikian adalah latihan penting untuk melatih semua kakitangan, termasuk kakitangan sokongan yang diperlukan dalam bidang perhutanan.

Persidangan antarabangsa yang julung-julung kalinya dianjurkan bersama Jabatan Hutan Sarawak dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu itu turut membabitkan penyertaan daripada 22 pembentang dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Singapura, Filipina dengan 157 peserta yang mengikuti secara maya dan fizikal.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan