Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PGA dan KPDNHEP patahkan cubaan seludup diesel bersubsidi

KUCHING, 9 Dis : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 13, 400 liter minyak diesel bersubsidi dengan nilai anggaran RM28, 810 000 pada tengah hari semalam.

Ketua KPDNHEP negeri, Datuk Stanley Tan dalam satu kenyataan berkata, terdahulu PGA telah melakukan operasi dan menahan dua buah lori di Jalan Stephen Yong di sini.

Ujarnya, pemeriksaan yang dilakukan terhadap dua kenderaan berat berkenaan mendapati pemandu lori itu tidak memiliki permit untuk menyimpan kesemua bahan bakar berkenaan dan tangkapan serta rampasan dilakukan.

” Pihak KPDNHEP negeri telah menerima barang rampasan termasuk dua buah kenderaan iaitu sebuah lori Mitsubishi, sebuah kenderaan lori Bonded dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM64,810 00,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan oleh pengawal bekalan.

” KPDNHEP negeri dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa akan terus sentiasa memantau, menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas untuk menangani ketirisan barang kawalan bersubsidi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan