Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kesinambungan pembangunan, manifesto calon GPS DUN Tebedu

ByDouglas Elliot

SERIAN, 9 Dis: Kesinambungan kemajuan dan pembangunan merupakan antara yang terkandung dalam manifesto yang dilancarkan oleh calon baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.

Menurut Simon Sinang, pembangunan yang telah dinikmati oleh penduduk tempatan sejak 25 tahun yang lalu di bawah pimpinan Datuk Amar Michael Manyin akan terus diperjuangkan.

“Oleh itu, saya menyeru kepada pengundi-pengundi di kawasan ini supaya terus memberi sokongan padu kepada saya sebagai calon GPS demi kesinambungan pembangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi suai kenal bersama ketua-ketua agama dari 59 kampung di Tebedu di sini hari ini.

Yang turut hadir , bekas penyandang kerusi DUN berkenaan, Datuk Amar Michael Manyin Jawong.

Menurut Simon Sinang, beliau berharap sokongan berterusan diberikan supaya GPS meneruskan segala perancangan malah memperhebatkan lagi pembangunan yang telah dibawa oleh wakil rakyat sebelum ini.

Beliau berkata, Tebedu telah berkembang pesat berbanding dahulu apabila pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air paip dan elektrik telah disediakan bagi keselesaan penduduk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan