Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

APM Belaga siap siaga PRN Ke-12 Sarawak dan banjir

BELAGA, 9 Dis : Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah ini sedang membuat persiapan rapi bagi berdepan sebarang kemungkinan termasuk banjir.

Pegawai APM Daerah Belaga, Walter Kajan berkata, mesyuarat awal berhubung penugasan kakitangan sudah dilakukan sejak bulan lepas.

Katanya, APM juga akan bertugas pada hari pengundian dengan seramai 30 kakitangan telah diserahkan tugasan masing – masing melibatkan beberapa kawasan.

“Selain itu, pihak APM Belaga juga akan bekerjasama dengan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Daerah Kapit untuk melaksanakan tugas dengan lebih tersusun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika temubual bersama TVS berkaitan kesiapsiagaan anggota APM dalam menghadapi PRN Ke-12 Sarawak serta musim banjir yang diramal berlaku pada bulan ini.

Mengulas lanjut, Walter berkata, setiap anggota yang dikerahkan ke lokasi juga sentiasa bersedia untuk menerima sebarang maklumat termasuk musibah banjir atau kecemasan lain. -TVS


Tags: apm, belaga

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan