Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MIRI, 5 Dis -- Pekerja pembersihan melakukan kerja-kerja sanitasi di Pusat Penamaan Calon N.73 Piasau bagi Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) ke- 12 di Kompleks Islam Sarawak hari ini. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang media pada 25 November lalu mengumumkan, tarikh penamaan calon bagi PRN Sarawak ditetapkan pada 6 Disember ini (esok). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

PRN Ke -12 Sarawak : Seorang calon bebas dikompaun RM4,000 langgar SOP

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 8 Dis : Seorang calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak dikompaun RM4,000 oleh polis kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada hari penamaan calon , Isnin lepas.

Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kesalahan itu dikesan berlaku selepas ahli politik berkenaan selesai mengharungi proses berkenaan.

“Penyokong calon bebas calon itu didapati telah berkumpul dan mengelilingi beliau tanpa mematuhi SOP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyaksikan demonstrasi oleh Public Order Riot Unit (PORU) bersama Unit Water Canon, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak di sini hari ini.

Beberapa laporan media ‘memetik’ Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju sebagai calon bebas yang didakwa melanggar SOP berkenaan.

Bagaimanapun menerusi sidang media itu, Aidi tidak menyebut nama DUN serta calon bebas yang telah dikenakan kompaun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Ali Biju yang juga Ahli Parlimen Saratok diterima sebagai salah seorang calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Beliau akan terlibat dalam pertandingan empat penjuru bersama wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), Friday Belik, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Musa Dinggat dan Danny Kuan yang ditampilkan oleh Parti Bumi Kenyalang (PBK). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan