Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN Ke – 12 Sarawak : Saya tidak main politik, lihat rekod GPS – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 8 Dis : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa parti pimpinannya tidak akan bermain politik demi meraih undi daripada rakyat.

Sebaliknya beliau mahu rakyat menilai sendiri apa yang telah dilakukan oleh kabinet yang diterajui GPS sepanjang beliau memegang tampuk kepimpinan negeri.

“Ketika saya ambil alih dan mengambil tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Tok Nan, kami telah meneruskan perjuangan kita untuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dapatkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) daripada Petronas dan berjaya mendapatkan Bakun semula”, katanya .

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis pecah tanah pusat penjaja di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan