Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 8 Dis — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 60 Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatah Awam Negeri Sarawak (SPANS) di banggunan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. — fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Penjawat awam Sarawak disaran realisasikan ekonomi digital, negeri berpendapatan tinggi – Abang Johari

KUCHING, 8 Dis : Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan agar penjawat awam di Sarawak menjadi pasukan yang berkesan dalam merealisasikan visi mentransformasi negeri itu ke arah ekonomi digital dan berupaya mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Beliau berkata justeru itu peranan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) amat penting dalam merealisasikan visi berkenaan.

“Perkhidmatan awam adalah enjin kepada kerajaan dan oleh itu, ia khususnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga perlu melakukan penyesuaian berdasarkan keperluan pada masa akan datang sebagaimana yang dibayangkan oleh kerajaan. Kita memerlukan penjawat awam yang berwawasan dan boleh membantu kerajaan.

“Kita sedang menuju ke arah ekonomi digital dan setiap aspek kehidupan ketika ini adalah berasaskan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan SPANS di Petra Jaya hari ini.

Abang Johari juga berkata Sarawak memiliki jumlah populasi hampir 2.9 juta orang justeru ekonominya perlu dipelbagai.

“… dengan populasi yang kecil itu sudah tentu pasarannya juga kecil namun kita perlu menjadi pemain di rantau ini, itulah sebabnya kita memiliki pejabat di luar negara iaitu Singapura di bawah Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak yang dilihat bakal membawa perubahan dalam pembangunan ekonomi kita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya meletakkan integriti mendahului segala tindakan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Katanya barisan penjawat awam merupakan jentera utama dalam menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri.

Pada masa ini, terdapat hampir 26,000 penjawat awam negeri di Sarawak.  

Turut hadir Pengerusi SPANS Datuk Abdul Ghafur Shariff dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan