Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kempen secara dalam talian cabaran besar – Fazzrudin

ByIsma Haziq

KUCHING, 8 Dis : Calon – calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak yang tidak dibenarkan berkempen secara bersemuka berdepan cabaran besar untuk menerangkan perancangan mereka kepada pengundi.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, sehubungan itu calon – calon berkenaan tidak ada cara lain dan terpaksa beralih kepada penggunaan media sosial

Bagaimanapun ujar Fazzrudin yang juga bekas penyandang kerusi DUN berkenaan, berkempen secara dalam talian tidak semudah yang disangkakan.

” Sebagai calon, saya perlukan pakejkan kandungan bahan kempen di media sosial supaya dapat menarik minat pelayar untuk melihat apa yang dikongsikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika temubual bersama TVS di sini hari ini.

DUN Tupong yang ditandingi beliau merupakan satu daripada 18 kawasan DUN di Sarawak yang mana prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan calon – calon bertanding melakukan kempen secara fizikal termasuklah menganjurkan program bersama penduduk serta lawatan rumah ke rumah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama beberapa pihak berkuasa berkaitan hanya membenarkan parti – parti bertanding di 64 kawasan DUN di Sarawak melakukan kempen secara fizikal namun tertakhluk kepada peraturan ketat antaranya kehadiran hanya di kalangan penduduk sekitar sahaja serta berlangsung dalam tempoh masa terhad.

Mengulas lanjut mengenai cabaran berkempen secara digital, Fazzrudin berkata, calon tidak mempunyai ‘had’ untuk memuat naik seberapa banyak kandungan untuk tatapan pengikut mereka.

” Bagaimanapun kalau tidak menarik (apa yang dipersembahkan) di media sosial, tentu tidak ramai yang lihat,” katanya.

Menurut beliau, antara cabaran lain yang perlu ditempuhi ialah bagaimana hendak mempamerkan ‘bukti jelas’ tentang program – program yang telah berjaya dan seterusnya memanfaatkan rakyat yang telah dilaksanakan oleh GPS selama ini.

” Berbaki 10 hari, saya dan pasukan akan mempelbagaikan usaha dan meningkatkan tempo kempen kami di media sosial terutamanya bagi menangkis tohmahan pembangkang kononnya tiada kemajuan yang dibawa GPS,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan