Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bangunkan ‘zoo arnab’ depan rumah jana pendapatan

ByFebbright James

KUCHING, 8 Dis : Kebiasaannya kita melihat halaman rumah dijadikan sebagai kedai makan atau kedai runcit oleh pemiliknya.

Namun berbeza bagi Rosita Akil, 58, apabila dia dan suaminya, Syeikh Afendi Udin ‘memilih’ untuk mengubah kawasan lapang di depan kediaman mereka di Jalan Astana di sini sebagai ‘zoo arnab’ yang dibuka untuk kunjungan orang awam.

Menurut Rosita, idea pembinaan taman yang dinamakan Taman Arnab Abadi itu tercetus apabila beliau dan suaminya melawat ke Kundasang , Sabah dan mendapati terdapat sebuah taman yang menempatkan haiwan comel itu menjadi tumpuan ramai pengunjung.

“Saya terfikir mengapa tidak untuk saya membangunkan taman arnab yang serupa di Kuching,” katanya ketika ditemubual TVS di sini hari ini.

Rosita Akil, Pemilik Taman Arnab Abadi

Katanya, ‘rancangan pembinaan’ berkenaan bermula pada 2018 dan dia gembira kerana ia merupakan keputusan tepat kerana setelah ‘beroperasi’, ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

“ Pengunjung bukan sahaja terdiri daripada kanak – kanak yang gemar melihat keletah haiwan berkenaan yang comel tetapi turut menarik minta orang dewasa untuk mengambil gambar sebagai kenang – kenangan,” katanya.

Rosita berkata, bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk ‘bergaul’ dengan arnab – arnab yang ditempatkan di situ, dia mengenakan bayaran yang tidak membebankan.

“Bayaran yang ditetapkan ialah RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak. Sebabnya kita mahu menyediakan satu pusat pelancongan yang mesra pelanggan khususnya bagi ibu – bapa yang mempunyai anak ramai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat menjelaskan terdapat dua fokus pembinaan taman itu ialah bagi tujuan pendidikan dan pelancongan.

“Untuk pendidikan sudah semestinya kanak-kanak seperti pelajar Tadika akan datang melawat ke sini dan mereka belajar secara terperinci berkaitan sifat arnab dan cara penjagaannya,”ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Amal dan Kebajikan Abadi berkata, selain minat untuk membela arnab, tujuan lain penubuhan berkenaan adalah untuk memberi peluang pekerjaan khususnya kepada golongan belia.

“Kami juga menyediakan pusat latihan untuk golongan belia yang berminat untuk dilatih tentang cara menguruskan arnab dan menjaga tempat ini.

Mereka perlu diberikan kursus kerana arnab merupakan haiwan yang sensitif dan memerlukan penjagaan yang rapi,” katanya.

Taman berkenaan dibuka pada setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan