Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perang bendera kurang meriah

BySalasiah Safian

LAWAS, 7 Dis: Meskipun jentera untuk berkempen mula digerakkan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari namun acara wajib ketika musim pilihan raya iaitu ‘perang bendera’ kali ini dilihat kurang meriah.

Menurut penduduk di Kampung Awat-Awat, Norain Mohd. Joefaizal, jika dibandingkan dengan edisi PRN terdahulu, parti – parti politik yang bertanding dilihat lebih rancak menggantung bendera masing – masing.

Namun Norain mengakui situasi kini sangat berbeza selepas tercetusnya pandemik COVID-19.

“Sekarang ini susah sebab kita berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian Sarawak masih berada di fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya ketika ditemui TVS di sini hari ini.

Ujar Norain, faktor berkenaan mungkin menyebabkan parti – parti politik yang bertanding tidak begitu ‘galak’ memasang ribuan bendera seperti dahulu sekaligus menyebabkan mood Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak kurang terasa.

Sementara itu, pengunjung dari Sabah, Helmy Lorrin pula berkata, berdasarkan pemerhatiannya, suasana PRN di Sarawak dilihat lebih tenang berbanding PRN Sabah pada tahun lepas.

“Di Sabah lebih rancak dan kita tahu apa terjadi selepas PRN Sabah iaitu berlaku peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang naik secara mendadak selepas itu,” katanya.

Bagaimanapun Helmy berkata, beliau berharap PRN di sini akan berjalan lancar selain tidak begitu bimbang kerana majoriti penduduk telah divaksin dan berbeza ketika PRN di Sabah yang mana program imunisasi COVID-19 masih belum bermula.

Berdasarkan tinjauan, beberapa lokasi mula dipasang bendera sejak proses penamaan calon selesai pada Isnin.

Petugas-petugas tersebut bergerak dalam kumpulan kecil kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DUN Bukit Sari merupakan antara 64 kawasan DUN yang dibenarkan untuk mengadakan kempen secara fizikal namun perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan