Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

BERSATU bincang tindakan Ali Biju bertanding – Wan Saiful

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Dis : Keputusan mengenai nasib Datuk Ali Biju di dalam parti Bersatu masih dalam perbincangan, selepas Naib Presiden Bersatu Sarawak itu membuat keputusan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 atas sebagai calon bebas.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan memberitahu Bernama bahawa kenyataan rasmi berkenaan perkara itu dijangka dikeluarkan parti petang ini.

Sebelum ini Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa parti itu tidak akan bertanding dalam PRN Sarawak pada 18 Dis ini, dan susulan tindakan Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu untuk tetap bertanding, menimbulkan teka-teki mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti terhadapnya.

Ali yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian semalam, sah bertanding sebagai calon Bebas dalam usaha mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga dalam PRN Ke-12 Sarawak.

Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2011 dan 2016. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan