Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tidak gentar pertempuran empat penjuru

ByNur Suhaida Muliyono

ASAJAYA, 6 Dis : Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah tidak gentar berdepan tiga pencabarnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak kali ini.

Abdul Karim berkata, beliau yakin dan percaya rakyat lebih mengetahui tentang pemimpin yang layak dipilih dan mereka sudah cukup matang serta memahami konsep demokrasi yang diamalkan dalam pentadbiran negara khususnya di Sarawak.

“Tidak kira satu lawan satu atau empat penjuru sekalipun, itu tidak menjadi masalah kerana hak mengundi terletak di tangan para pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRN Ke -12 Sarawak bagi DUN Asajaya di sini hari ini.

Kerusi DUN Asajaya akan menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak ini.

Abdul Karim yang juga penyandang kerusi berkenaan di senarai pertama diikuti calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mahmud Epah.

Dua lagi calon yang turut disahkan ialah dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Ishak Buji dan Mohamad Mahdeen Saharuddin dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Pada PRN Ke-11 lalu, Abdul Karim yang merupakan wakil gabungan empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang kini membentuk GPS menang kerusi berkenaan dengan 6,163 undi menewaskan pencabar tunggal dari PKR, Abang Junaidi Abang Gom yang sekadar meraih 2,805 undi.

Mengulas lanjut mengenai kempen, Abdul Karim berkata, Asajaya telah disenaraikan sebagai salah satu kawasan yang boleh berkempen secara fizikal dan beliau akan menggunakan peluang berkenaan untuk menyampaikan hasratnya kepada pengundi di situ.

Dalam pada itu, jelas Abdul Karim, sekiranya terus diberikan mandat, beliau akan meneruskan segala agenda yang telah diaturkan bagi kawasan berkenaan.

“Sama ada dari perspektif pembangunan insan, pembinaan prasarana dan sebagainya, saya akan teruskan usaha untuk membangunkan kawasan ini dan memberikan kualiti hidup terbaik buat rakyat di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan